akan mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.
.Mengingati kelemahan diri.
Dengan menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu
dalam memperbaiki kelemahan diri. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat
suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, .
Tidak membesarkan kekurangan orang lain.
Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya
Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang
lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita.
Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk kita.
Dalam hal amalan kebaikan, amatlah wajar untuk kita meniru orang lain.
Jadikan ia sebagai penanda aras untuk kita dan letakkan sasaran untuk
menjadi yang lebih baik dari orang lain.
Menjadikan
Rasulullah SAW sebagai ikutan utama. Sangat jelas bahawa Nabi junjungan
mulia contoh terbaik buat kita. Mulakan dengan mengamalkan
perkara-perkara yang menjadi sunnah baginda.
.Berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan kita untuk berubah dan memperbaiki diri.
Allah yang memegang hati kita dan Dia jugalah mampu membuka hati kita
untuk suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Hidayah itu milik-Nya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan